Perhentian….
Bukan Pulau Perhentian…bukan juga perhentian bas…tapi satu noktah dalam satu perjalanan yang kita lalui….
Di satu masa yang lalu….dia..pernah mengembara..untuk mencari satu perhentian….Ia bermula pada tahun 1995…setelah lama mengembara ke merata tempat untuk mencari satu perhentian….
1998….Berhentilah dia pada satu perhentian yang disangkakan bakal menjadi penamat perjalanan itu….setelah 8 bulan berhenti….dia terpaksa mengembara lagi…..
Bila berjumpa dengan satu hentian..dia berhenti mencari jawapan…selalunya jawapan itu tak pernah tepat…setelah berulang kali berhenti dan mengembara…maka yakin lah dia bahawa perhentian ini akan menjadi perhentian yang terakhir bagi dirinya…..
2002…. Berhentinya perjalanannya yang telah dilakukan sejak 1995….Perhentian itu adalah satu-satunya tempat dia berada selama hampir 5 tahun….dia menyangka….5 tahun menjadi 10 tahun…10 tahun menjadi 15 tahun…15 tahun menjadi selamanya….tapi dia cuma boleh mengharap…kerana apa yang tersurat tidak mampu diubah..hatta dengan doa sekalipun…dia harus mengembara lagi..
2007…..Perjalanan harus diteruskan… Perjalanan mencari perhentian terakhir…..
2008….Perjalanan kembara masih diteruskan…..berhenti bila hati terdetik ya…ini mungkin hentian terakhir…tidak salah mecuba…apa yang tersurat dapat dibaca..tapi apa yang tersirat….bagaimana harus diduga…
Perjalanan satu pengembaraan ada noktah dan penamatnya…Dimana Noktahnya? Bagaimana Penamatnya? Di tempat tertulisnya takdir seseorang manusia itu ada jawapannya….
No comments:
Post a Comment