
Saturday, November 28, 2009
Hidup..
Melihat pada sejarah..menyedarkan kita tentang kesilapan yang telah dilakukan...Memahami apa itu sejarah..menyedarkan kita tentang masa depan yang kita akan tempuhi....Kenangan adalah sejarah hidup kita.......
Friday, November 20, 2009
Mencari Perhentian Yang Kekal…
Perhentian….
Bukan Pulau Perhentian…bukan juga perhentian bas…tapi satu noktah dalam satu perjalanan yang kita lalui….
Di satu masa yang lalu….dia..pernah mengembara..untuk mencari satu perhentian….Ia bermula pada tahun 1995…setelah lama mengembara ke merata tempat untuk mencari satu perhentian….
1998….Berhentilah dia pada satu perhentian yang disangkakan bakal menjadi penamat perjalanan itu….setelah 8 bulan berhenti….dia terpaksa mengembara lagi…..
Bila berjumpa dengan satu hentian..dia berhenti mencari jawapan…selalunya jawapan itu tak pernah tepat…setelah berulang kali berhenti dan mengembara…maka yakin lah dia bahawa perhentian ini akan menjadi perhentian yang terakhir bagi dirinya…..
2002…. Berhentinya perjalanannya yang telah dilakukan sejak 1995….Perhentian itu adalah satu-satunya tempat dia berada selama hampir 5 tahun….dia menyangka….5 tahun menjadi 10 tahun…10 tahun menjadi 15 tahun…15 tahun menjadi selamanya….tapi dia cuma boleh mengharap…kerana apa yang tersurat tidak mampu diubah..hatta dengan doa sekalipun…dia harus mengembara lagi..
2007…..Perjalanan harus diteruskan… Perjalanan mencari perhentian terakhir…..
2008….Perjalanan kembara masih diteruskan…..berhenti bila hati terdetik ya…ini mungkin hentian terakhir…tidak salah mecuba…apa yang tersurat dapat dibaca..tapi apa yang tersirat….bagaimana harus diduga…
Perjalanan satu pengembaraan ada noktah dan penamatnya…Dimana Noktahnya? Bagaimana Penamatnya? Di tempat tertulisnya takdir seseorang manusia itu ada jawapannya….
Perjalanan Hidup...

Hmm…dah lama aku tak menulis…kesibukan membataskan waktu untuk bersenang2 dan ini adalah posting pertama aku di sini....dulu kat friendster jer...hopefully aku boleh terus menulis di sini...Yang ni pun aku amik dari posting aku kat tempat lain....jadi bacalah....
Setakat ini hidup aku ok…Syukur kepada ALLAH kerana mengajarkan aku untuk berbicara, memberi aku pendengaran untuk mendengar, memberi aku penglihatan untuk melihat dan memberi aku hati untuk membeza…
Berbicara tentang apa?
Apa yang nak didengar?
Melihat apa?
Apa yang nak dibezakan?
Berbicara tentang kekuasaanNYA…..
Mendengar cerita tentang kebesaranNYa….
Melihat bukti tentang kewujudanNYA…..
Membezakan antara yang Hak dengan yang Batil…
Percayalah…sesungguhnnya………anugerah yang dikurniakan kepada kita sememangnya amat berharga……tiada nilai untuk dibandingkan dengan wang ringgit…….Tapi kini manusia sudah semakin melupakannya..malah telah hanyut dalam peraturan dan undang2 ciptaan manusia…
Lihatlah sekeliling kita….apa yang kita nampak?
Keamanan? Amankah kita jika sesama kita pun tidak dapat bersatu?
Kedamaian? Damaikah kita setiap hari berlaku jenayah di merata2?
Keselamatan? Selamatkah kita bila rumah perlu di kunci setiap kali kita keluar dari rumah kita?
Kesejahteraan? Sejahterakah kita bila penyakit2 yang membawa maut semakin menular dikalangan kita?
Dimanakah kita berada sebenarnya? Siapakah kita sebenarnya? Apa tujuan kewujudan kita? Jawapannya ada dalam tiap tiap diri kita selagi kita masih bernyawa…..Carilah, Fahamilah, Fikirkanlah dan terakhirnya…..mengertilah bahawa tanpa diriNYA, siapalah kita…